Gambar ini diambil di tamparuli sabah,
Dikatakan rumah terbalik ini adalah rumah pertama yang dibina di Malaysia dan kini menjadi daya tarikan pelancongan yang berkunjung di negeri sabah. setakat ini lebih daripada 3,000 pelawat telahpun melawat rumah terbalik ini, selepas 6 minggu dibuka kepada orang ramai. Rumah terbalik ini juga mendapat pengiktirafan daripda Malaysia Book Of Record. Melihat dari bumbung ke lantai kesemua barangan yang ada dalam rumah tersebut dalam kedudukan terbalik termasuklah kereta kancil. rumah ini dibina dengan kos sebanyak RM 500,00 oleh usahawan Alexander Yee yang mengusahakan sebuah lodge pelancongan di sukau pantai timur sabah. rumah terbalik di borneo itu mungkin yang satu di asia tenggara, kerana terdapat banyak rumah berkonsepkan sedemekian yang dibina di seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Eropah dan Jepun. Jadi apa tunggu lagi JOM BERCUTI MALAYSIA....
No comments:
Post a Comment